• Anjung Utama
  • Dari Pengetua
  • Ex- SVIAN
  • Berita Semasa
  • Hantar Maklumat
  • Peti Cadangan
  • Hubungi Kami

Profil Sekolah

  • Sejarah Sekolah
  • Sejarah Pengetua
  • Visi Sekolah
  • Misi Sekolah
  • Falsafah Sekolah
  • Piagam Pelanggan
  • Logo Sekolah
  • Lagu Sekolah
  • Lagu W.Persekutuan
  • Carta Organisasi
  • Pelan Sekolah
  • Peta Lokasi Sekolah
  • Destinasi ke Sekolah
  • Anjung Utama
  • Web Mail Sekolah

1993

SMK  Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dengan megahnya berdiri teguh di sebuah cangkat dan dikelilingi bukit-bukau yang menjadikan sekolah ini sebuah tempat yang strategik dan berpotensi untuk terus maju.

SMK Seksyen 5 Wangsa Maju terletak bersebelahan dengan Kuala Lumpur Sub-urban Centre yang kini merupakan sebuah kawasan yang pesat membangun dan tidak asing lagi di kalangan penduduk Bandaraya Kuala Lumpur.

Sekolah ini telah dibuka pada 1 haribulan Disember 1993, mula beroperasi dengan 13 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada wanita sahaja, seorang pembantu tadbir, dan 2 orang pembantu am rendah.

Ketika sekolah ini mula dibuka, jumlah kelas yang wujud hanyalah sebanyak 6 buah bilik darjah. 4 buah diperuntukkan untuk para pelajar Tingkatan 1 manakala yang selebihnya dibuka bagi pelajar-pelajar Tingkatan 2. Kini, jumlah kelas bagi sekolah ini ialah sebanyak 65 buah (pagi dan petang) termasuk 12 buah kelas bermasalah pendidikan (PKP) kini dikenali sebagai PPKI.

Dari tahun ke tahun, sekolah ini telah melahirkan ramai pelajar yang berjaya dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum. Sehingga hari ini sekolah ini terus mencipta nama dalam bidang Kurikulum dan Ko-Kurikulum dibawah pentadbiran sekarang iaitu Puan Hajah Habshah bt Abdul Kudus bersama dengan kira kira 138 guru bagi membimbing 1878 pelajar dengan penuh semangat untuk membentuk insan yang berguna.

 

All Rights Reserved.© 2012 @ SMK Seksyen 5 Wangsa Maju 53300 KL

asuhimi@yahoo.com.