Perkhemahan Tahunan Kelab dan Persatuan anjuran Kelab Pencinta Alam telah berjaya menamatkan lawatan yang bermula dari 4 Julai hingga 5 Julai 2009 dengan cukup berjaya. Seramai 54 peserta menyertai lawatan ini terdiri daripada guru dan pelajar SMK Seksyen 5, Wangsa Maju telah membuat lawatan ke Kuala Gula dan Kuala Sepetang Perak, bagi melihat sendiri kegiatan penduduk setempat menjalankan kegiatan harian mereka seperti menjalankan Perusahaan membuat Belacan, Pemeliharaan Hutan Pokok Bakau, Perusahaan Menternak Kerang, Penternakan Ikan Sangkar, Kilang Arang Kayu Bakau disamping itu juga menanamkan semangat cintakan alam sekitar dikalangan peserta untuk Warisan Alam kepada generasi akan datang. Setiap peserta berjaya menanam 2 batang anak pokok bakau sebagai tanda tanggungjawab kami terhadap alam sekitar. Semua peserta mendapat menafaat yang cukup bernilai dari lawatan ini dan ianya merupakan satu satunya lawatan yang penuh dengan unsur pendidikan. Sekian.
Last Updated (Friday, 08 July 2011 11:43)