SETIAUSAHA KO-KURIKULUM
1.PENDAHULUAN.
Perancangan Program Ko-Kurikulum merupakan salah satu bidang penting di dalam pengurusan sesebuah sekolah. Rancangan dan segala aktiviti yang disusun sebegitu rupa diharap dapat memberikan kesan yang positif kepada peningkatan kegiatan kokurikulum dan tahap kecergasan pelajar sekolah ini.
2.FALSAFAH
2.1 Bahawa murid –murid sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dalam kegiatan kokurikulum. Dengan itu seluas-luas peluang akan diberikan kepada merekauntuk mengembangkan bakat tersebut.
2.2 Bahawasanya guru-guru sekolah ini mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran , kecekapan, semangat dan kebolehan iktisas serta kepercayaan professional untuk memberi pendidikan yang terbaik
2.3 Bahawasanya sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi menyediakan kemudahan fizikal agar guru dan murid dapat menjalankan kegiatan kokurikulum dalam keadaan selesa dan harmoni.
3.MATLAMAT
Melahirkan para pelajar yang menguasai kemahiran-kemahiran serta mempunyai pelbagai kebolehan berasaskan disiplin, disamping dapat menyumbangkan budi dan bakti kepada masyarakat, agama ,
bangsa dan negara.
4.OBJEKTIF
4.1 Menambah serta memupuk semangat kerjasama yang tinggi dan berkekalan dikalangan murid- murid.
4.2 Menghapuskan sikap “Mudah mengalah”, “Tidak apa” dan “ Acuh tak acuh” dikalangan murid sebaliknya mewujudkan semangat berlumba dan sensitiviti yang tinggi terhadap pencapaian yang cemerlang.
4.3 Menanam nilai yang tinggi terhadap kejayaan yang cemerlang.
4.4 Melengkapkan pelajar dengan kecekapan dan kemahiran.
4.5 Meningkatkan kecemerlangan Akademik dan kokurikulum.
RANCANGAN TAHUNAN KOKURIKULUM
1.Mesyuarat AJK Pengurusan Sekolah
2.Mesyuarat AJK setiap Unit Kokurikulum.
3.Perjumpaan dan taklimat semua ahli Unit Kokurikulum
4.Menjalankan aktiviti Kelab /Persatuan / Uniform
5.Latihan Pasukan Sekolah dan rumah sukan.
6.Menyertai pertandingan dalam Zon, dan MSSWP
7.Sukan Tahunan
8. Lawatan sambil belajar.
PENGGAL 2
1.Mesyuarat AJK setiap Unit Kokurikulum.
2.Menyertai pertandingan anjuran Badan Luar.
3.Menjalankan aktiviti Kelab / Persatuan / Uniform
4.Menyertai Pertandingan dalam Zon dan MSSWP
5.Hari Kokurikulum
6.Lawatan sambil belajar.
PANDUAN PENGURUSAN GERAKERJA KOKURIKULUM SEKOLAH
1.KONSEP DAN MATLAMAT.
Untuk memberi pengukuhan dan pengkayaan pembelajaran dan dapat menyemai sifat-sifat kepimpinan, kerjasama dn sedia berkhidmat dikalangan murid.
2.PERANAN GERAKERJA KOKURIKULUM
2.1. Memupuk semangat kewarganegaraan dan perpaduan.
2.2 Menyemai dn memupuk disiplin, nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukunegara.
2.3 Memberi pengalaman kepada murid-murid berhubung, bergaul dan bersatu-padu dalam masyarakat.
2.4 Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang murid-murid pelajari di dalam bilik darjah.
2.4 Memaju dn mengembangkan minat dan bakat serta kemahiran murid-murid dalam bidang-bidang tertentu.
2.5 Melatih murid-murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah disamping membina kesihatan dan kesejahteraan diri.
2.6 Menyediakan peluang kepada masyarakat untuk memberi sumbangan terhadap sekolah.
2.7 Memberi peluang dan galakan kepada murid-murid membuat kerja-kerja khidmat kepada masyarakat.
3. PERSEDIAAN DAN KEPERLUAN BELUM MENJALANKAN KOKURIKULUM.
3.1 Menubuhkan J/Kuasa Perlaksanaan Kokurikulum Sekolah.
3.2 Menubuhkan J/Kuasa Penyelaras mengikut kumpulan.
3.3 Menubuhkan J/Kuasa mengikut aktiviti.
4. TUGAS-TUGAS
4.1 Penyelaras kumpulan
4.1.1Menyediakan rancangan setahun bagi kumpulannya
4.1.2Mengagihkan aktiviti mengikut perancangan supaya tercapai matlamat.
4.1.3Mengemaskini rekod prestasi ahli / murid.
4.1.4Menjadi daya penggerak kepada keseluruhan gerak kerja kumpulannya.
4.1.5Menubuhkan J/Kuasa Penyelaras Kumpulan.
4.1.6 Mengadakan mesyuarat J/Kuasa penyelaras kumpulan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Tujuan mesyuarat.
a. Menerima laporan daripada AJK aktiviti untuk membincangkan pelbagai aspek yang berkaitan dengan perlaksanaan aktiviti dari semasa kesemasa.
4.1.7Membuat laporan kepada AJK Penyelaras Kokurikulum bila mesyuarat
diadakan.Laporan itu juga dibentangkan dalam setiap mesyuarat guru
4.2 Pengerusi / Ketua setiap kumpulan
4.2.1Menyediakan perancangan bagi setiap aktiviti.
4.2.2Mengagihkan aktiviti mengikut perancangan.
4.2.3Mencatat rekod kehadiran murid/guru.
4.2.4Membuat laporan kepada penyelaras Kumpulan setiap kali di adakan mesyuarat.
5.REKOD PRESTASI MURID DALAM KOKURIKULUM
Rekod Prestasi Murid hendaklah diselia sepanjang masa oleh Pengurusan Kokurikulum sekolah